Chelsea Takkan Pecat Saya – AVB
Posted by
Amir ismail
Monday, 21 November 2011 at 03:37
0
comments
Labels :
Sukan
PENGURUS Chelsea, Andre Villas-Boas menegaskan jawatannya itu masih dalam keadaan selamat biarpun kelab London itu kini sedang mengharungi permulaan musim terburuk sejak dimiliki Roman Abramovich.
Villas-Boas, 34, mula terasa bahang selepas pasukannya tewas 1-2 kepada Liverpool di gelanggang sendiri, awal pagi tadi, sekali gus kini ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City.
“Pemilik kelab (Abramovich) tidak membayar 15 juta euro bagi mendapatkan saya dari Porto hanya untuk membayar sejumlah lagi wang untuk membuang saya dari kelab ini.
“Tiada persoalan tentang pemilik kelab perlu bersabar. Kami cukup komited dengan apa yang kami rangka untuk masa hadapan. Kami memiliki cukup pemain berbakat untuk bersaing dalam semua kejohanan dan ia merupakan perspektif kami buat masa ini.
“Memang situasi semasa dalam liga tidak begitu baik. Ia bukan permulaan baik buat Chelsea tetapi kami yakin mampu untuk mengubahnya selepas ini.
“Memang nampak tidak baik apabila ketinggalan 12 mata di belakang City. Tapi jadual perlawanan pada Disember depan bakal memberi harapan positif buat kami,” kata Villas-Boas.
Pada aksi awal pagi tadi, Liverpool mendahului pada minit ke-33 menerusi jaringan Maxi Rodriguez sebelum Daniel Sturridge menyamakan kedudukan buat Chelsea pada minit ke-55.
Namun bekas pemain Chelsea, Glen Johnson muncul wira Liverpool apabila menjaringkan gol kedua pasukan pelawat itu pada minit ke-87. – mynewshub.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







